About

Welcome to Pusat Tingkatan Enam Katok's Official Website.
For more information, please e-mail ptekmediaict@live.com

Hari Terbuka.

Sabtu, 22 Januari 2011- Pusat Tingkatan Enam Katok telah mengadakan satu acara umum iaitu Hari Terbuka atau Open Day yang mana acara ini terbuka kepada orang ramai sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.

Tujuan acara ini ada bagi memaklumkan kepada penuntut-penuntut yang ingin memasuki Pusat Tingkatan Enam Katok subjek-subjek yang ditawarkan di pusat ini. Subjek yang baru ditawarkan bagi 2011 adalah
subjek Design & Technology yang baru bermula pada tahun ini.


Penuntut-penuntut boleh mengajukan soalan kepada guru-guru yang hadir bagi setiap subjek mengenai kelayakan bagi mengambil subjek tersebut. Dalam masa yang sama, mereka juga boleh berjumpa dengan Bahagian Kerjaya untuk berbincang mengenai kombinasi subjek yang bersesuaian dengan kerjaya yang ingin dipilih.

Penuntut-penuntut dari sekolah-sekolah seperti Sekolah Seri Mulia Sarjana, Chung Hwa Middle School, Sekolah Menengah Sayyidina Hassan dan Sekolah Menengah Masin telah hadir kepada acara tersebut.

Dengan acara ini, ia akan memudahkan penuntut-penuntut bagi membuat pilihan yang tepat bagi pengajian mereka di Pusat Tingkatan Enam Katok.

Leave a Reply