About

Welcome to Pusat Tingkatan Enam Katok's Official Website.
For more information, please e-mail ptekmediaict@live.com

Jualan Amal bagi Sosiologi.

JUALAN AMAL BAGI SOSIOLOGI


Penuntut – penuntut yang mengambil subjek Sosiologi di Pusat Tingkatan Enam Katok telah menganjurkan aktiviti pertama mereka bagi jualan amal mereka iaitu penjualan tiket wayang yang berharga 50sen sekeping kepada warga sekolah PTEK. Penjualan itu diadakan dari hari Isnin, 17hb Januari 2011 hingga hari Selasa, 18hb Januari 2011. Wayang yang dimainkan adalah kartun Disney ‘Up’ dan ‘Step Up 3D’ di bilik ‘Lecture Theatre’ 1 & 2. Hasil kutipan penjualan tersebut kemudian akan didermakan kepada SMARTER.

Seterusnya, pada hari Sabtu, 22hb Januari 2011, penuntut – penuntut Sosiologi sekali lagi mengadakan ‘Hari Terbuka Sosiologi’ yang juga bagi tujual amal, bermula pada pukul 10pagi hingga 4petang.


Berbagai – bagai aktiviti dan jualan diadakan seperti permainan PS3, jualan makanan dan minuman dan tidak ketinggalan juga dengan penjualan hamster. Hasil kutipan penjualan tersebut kemudian akan didermakan kepada SMARTER.



PTEK juga mengalu – alukan kedatangan orang luar bagi memeriahkan lagi suasana pada hari terbuka tersebut. Dengan kedatangan mereka, penjualan makanan seperti ‘spaghetti’ dan ‘hotdog’ telah laris dijual menjelang tengahari.


Jualan amal ini telah berjalan dengan lancar sehingga seorang penuntut mengatakan bahawa dia merasa seronok dan berharap aktiviti seperti ini akan diadakan lagi selalu.



Leave a Reply